Tuesday, March 8, 2011

Day 2 of 1Malaysia trip 2011

Pada jam 8.45 pagi, kami bertolak dari rumah auntie Elly yang terletak di Seremban 2, Negeri Sembilan memulakan perjalanan hari kedua menuju ke Kuala Lumpur. Destinasi pertama kami ialah ke Tugu Negara. Kami tiba di Tugu Negara lebih kurang jam 9.30 pagi. Sebaik tiba di perkarangan Tugu Negara kami sempat posing beberapa keping gambar untuk dibuat kenang-kenangan. 

Dengan masa yang agak terhad kami sempat meninjau apa yang terdapat dalam kawasan Tugu Negara ini. Selain kami sekeluarga juga terdapat pengunjung-pengunjung lain yang semakin ramai tiba dan kebanyakannya terdiri dari pelancong-pelancong luar negara antaranya adalah dari Jepun,Timur Tengah dan lain-lain. Semua pelancong kelihatan sangat teruja melihat binaan patung yang tersergam megah di hadapan mata.


Dari apa yang tercatat di papan info yang terletak di satu sudut telah memberi aku satu pengetahuan baru bahawa Tugu Negara ini telah dibina pada 8 Februari 1966 sebagai penghormatan untuk mereka yang gugur sewaktu Perang Dunia I, Perang Dunia II dan sewaktu Darurat.Tugu tersebut berdiri setinggi 15 meter. Ia diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria,Felix De Weldon. Mengikut sejarah, tugu ini pernah dibom oleh pengganas komunis pada 26 Ogos 1975 kerana ingin melumpuhkan agenda mewujudkan keamanan dan cintakan negara.

Setelah hampir setengah jam kami berlegar di kawasan ini, kami meninggalkan tempat ini untuk menuju ke destinasi yang kedua iaitu Pusat Sains Negara yang terletak di Mount Kiara, Kuala Lumpur.  Kira-kira  jam 11.30pagi kami tiba di perkarangan pusat sains tersebut.Allhamdulillah, cuaca nampaknya sudah mulai cerah seperti biasa.Setelah membayar tiket, kami mulai meneroka seluruh pusat sains tersebut.Pameran yang pertama sekali kami saksikan ialah terowong akuarium besar yang mana kami dapat melihat pelbagai jenis ikan berlagar-legar diatas kepala kami.
.
Seterusnya kami melalui satu ruang yang mempamerkan pelbagai jenis peralatan sains yang menakjubkan. Pelbagai jenis perkara saintifik yang dapat aku pelajari.selain itu, adik-adikku juga .



 Seterusnya, kami melihat replika dinosaur.Antaranya adalah seperti tyrannosaurus, brachiosaurus, triceratops, velociraptor dan sebagainya.





Bersambung...